Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu
tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang
mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai
lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu
mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil
berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud
untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan
lebih dekat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata
dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu
seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk
dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan
bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih
mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia
bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak
bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari
kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap
yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia
mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai
lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia
tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki
tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan
perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu
diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan
seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa
selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi
dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin
bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah
kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan
bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
:)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar